Hello.Do Follow Me? Back To Dashboard? Nice To Meet You.Visit Here Again =3
Doctor to Be

14 May 2014

Biodata Imam As-Syafie

image : google

Riwayat Hidup

Nama : Abu Abdullah Muhammad bin Idris.
Gelaran : "As-Syafie" sempena nama datuknya, Syafie bin Saib.
Lahir : Tahun 150 Hijrah bersamaan dengan 767 Masihi di Ghazzah, Palestin. 
Asal : Dari keturunan Rasulullah S.A.W. pada sebelah datuknya, Abdul Manaf.
Pengasas : Mazhab Syafie.
Meninggal dunia : Tahun 204 Hijrah bersamaan dengan 820 Masihi (54 tahun).
Tempat dikebumikan : Arafah, Mesir.

Peribadi

Imam As-Syafie seorang yang : berpandangan jauh.
                                                berhati mulia.
                                                bercita-cita tinggi.
                                                gigih menuntut ilmu pengetahuan.
                                                bersikap sederhana.
                                                bijak berbicara.
                                                menghormati dan memuliakan para guru.
                                                cinta kepada ilmu pengetahuan.
                                                mempunyai ilmu pengetahuan yang luas.
                                                seorang hartawan yang sangat pemurah.
                                                sentiasa menolong orang yang memerlukan bantuan.
                                                mengutamakan pengetahuan dan disiplin.

Pendidikan

9 Tahun : Beliau menghafaz Al-Quran.
12 Tahun : Beliau telah dapat menghafaz kitab Al-Muattok, karangan Imam Malik.
20 Tahun : Berguru dengan Imam Malik.
                 Imam As-Syafie belajar dan mendalami bahasa dan kesusasteraan
                 Arab sehingga mahir dalam bidang penulisan.
                 Menghadiri kelas-kelas pengajian agama di Masjidil Haram.

Bermusafir ke Makkah, Madinah, Yaman, Iraq dan  negara-negara lain untuk menuntut ilmu.
Antara ilmu-ilmu yang dipelajarinya termasuklah : ilmu Hadis
                                                                          ilmu Fikah
                                                                          Al-Quran.

Beliau membahagikan waktu malamnya kepada tiga bahagian:

i.1/3 malam untuk berehat.
ii.1/3 malam untuk menulis ilmu pengetahuan.
iii.1/3 malam untuk beribadat.

Imam As-Syafie berusaha dengan gigih dalam menuntut ilmu. Akhirnya,
beliau muncul sebagai Imam besar yang mempunyai ilmu pengetahuan
yang tinggi dan dapat memberi sumbangan yang tidak ternilai kepada
umat Islam.

Sumbangan

Imam as-Syafie adalah ulama mujtahidin yang berpegang
kuat pada Al-Quran, hadith, Ijmak Ulama, Qias dan Masolih Al-Mursalah.
Pendapat Imam as-Syafie diterima oleh sebahagian besar
orang-orang Islam kerana segala fatwanya sesuai dengan
suasana, masyarakat dan adat resam sesuatu kaum.
Antara kitab-kitab karangannya yang termashur termasuklah
bidang dalam usul fikah;
kitab yang membicarakan dengan jelas tentang cara
mengambil hukum daripada Al-Quran dan hadis.
Kitab-kitab tersebut ialah:
a.Abtal Al-Istihsan.
b.Ahkam Al-Quran.
c.Ar-Risalah.

d.Dalam bidang fikah; kitab yang membicarakan hukum-hukum fikah.
Kitabtersebut ialah;
i.Al-Mukhtasar Al-Kabir.
ii.Al-Mukhtasar as-Saghir.
iii.Al-Farid.
iv.Al-Umm.e.

Dalam bidang hadis; beliau telah menyusun sebuah kitab
menjelaskan tentang perselisihanhadis-hadis nabi.
Kitab-kitab tersebut ialah :
i.Al-Masnad.
ii.Al-Amali.
iii.Ikhtilaf Al-Hadis.

Selain itu, beliau juga telah menghasilkan berbagai-bagai
jenis kitab dalam bidang ilmu tafsir, akhlak, ilmu falak,
ilmu kedoktoran dan lain-lain yang memberi sumbangan
yang besar kepada ahli fikir Islam.

Mazhab as-Syafie berkembang dengan pesat di Afrika Utara,
Mesir, Indo China, Sri Lanka, Armenia, Kurdistan dan di
Kepulauan Melayu, Indonesia, Singapura dan Malaysia.

12 May 2014

Pesanan Imam Shafie

image : google
10 PESANAN IMAM SHAFIE

Sebelum Imam Shafie wafat, beliau sempat berpesan kepada muridnya serta umat Islam umumnya. Berikut adalah kandungan wasiat tersebut :



Barangsiapa yg ingin meninggalkan dunia
dalam keadaan selamat maka
hendaklah ia mengamalkan 10 perkara : 

 
1. HAK KEPADA DIRI.

Mengurangkan tidur, mengurangkan makan, percakapan dan berpada-pada dengan rezeki yang ada. 


2. HAK KEPADA MALAIKAT MAUT.

Mengadakan kewajipan-kewajipan yang tertinggal, mendapatkan kemaafan dari orang yang dizalimi, membuat persediaan untuk mati dan merasakan cinta kepada Allah.
 


3. HAK KEPADA KUBUR.
Membuang tabiat suka menabur fitnah, tabiat kencing merata-rata, memperbanyakkan solat tahajjud dan membantu orang yang dizalimi.


4. HAK KEPADA MUNGKAR DAN NAKIR.
Tidak berdusta, berkata benar, meninggalkan maksiat dan nasihat-menasihati.
 


5. HAK KEPADA MIZAN (NERACA TIMBANGAN AMALAN PADA HARI KIAMAT).
Menahan kemarahan, banyak berzikir, mengikhlaskan amalan dan sanggup menahan kesulitan.



6. HAK KEPADA SIRAT (TITIAN YANG MERINTANGI NERAKA PADA HARI KIAMAT).
Membuang tabiat suka mengumpat, warak, suka membantu orang beriman dan suka berjemaah.
 


7. HAK KEPADA MALIK (MALAIKAT PENJAGA NERAKA).
Menangis lantaran takutkan Allah S.W.T, berbuat baik kepada ibu bapa, bersedekah ketika terang-terangan serta sembunyi dan memperelokkan akhlak.


8. HAK KEPADA RIDHZUAN (MALAIKAT PENJAGA SYURGA). 
Merasa redha kepada qadha' Allah, bersabar menerima bala, bersyukur ke atas nikmat Allah dan bertaubat dari melakukan maksiat.
 


9. HAK KEPADA NABI MUHAMMAD S.A.W
Berselawat ke atasnya, berpegang dengan syariat, bergantung kepada Al-Sunnah (hadith), menyayangi para sahabat dan bersaing dalam mencari kelebihan dari Allah.


10. HAK KEPADA ALLAH S.W.T 
Mengajak manusia ke arah kebaikan, mencegah dari kemungkaran, menyukai ketaatan dan membenci kemaksiatan.


"Sesungguhnya Allah itu Maha Melihat dan tidak
pernah tidur walau sedetik pun. Setiap amal
perbuatan kita akan dihitung walau sebesar zarah sekalipun"

Semoga kita berada di dalam golongan hamba-Nya yang tidak pernah alpa mengingati-Nya.
 
Wallahu A'lam

5 Mar 2014

Koleksi kata-kata Ustaz Azhar Idrus

credit : google

Sakit : Penghapus dosa

image : google
"Tidaklah seorang Muslim ditimpa penyakit,
melainkan Allah akan menggugurkan bersama
dosa-dosanya, seperti pohon yang
menggugurkan daun-daunnya"
(Hadis riwayat Al-Bukhari)

Dalam mengharungi kehidupan yang kian mencabar,
tidak pernah terlepas seseorang muslim daripada bala bencana.
Kesakitan adalah salah satu dari dugaan hidup.
Bezanya hanyalah sama ada kecil atau besar.

Allah tak akan menimpa sesuatu ujian
kepada hambanya jikalau kita tak mampu
nak menanggungnya.

Allah berfirman di dalam surah At-Tagaabun, ayat 11 yang bermaksud:

“Tidak ada kesusahan (atau bala bencana)
yang menimpa (seseorang) melainkan dengan izin Allah
dan sesiapa yang beriman kepada Allah,
Allah akan memimpin hatinya (untuk menerima apa
yang telah berlaku itu dengan tenang dan sabar) dan (ingatlah)
Allah Maha Mengetahui akan tiap-tiap sesuatu.”

Ada hikmah di setiap ujian yang Allah bagi pada kita.
Salah satunya ialah sebagai penghapus dosa.
Jadi, apabila kita ditimpa sesuatu musibah
atau bala bencana jangan cepat berputus asa.
Tetapi berdoalah meminta pertolongan daripada Allah.
Sesungguhnya Allah Maha Mendengar.

Uniknya diri anda !

image : google
Katakanlah wahai Muhammad, "Setiap orang
berbuat sesuai dengan pembawaanya masing-masing."
Maka Tuhan-Mu lebih mengetahui siapa yang
lebih benar jalannya.
(Surah Al-Isra' : 84)
 
This Template Was Made & Design With Love By Mahfuzah-Hamizah-Fatin Nabila-Adibah Sofea. All Right Reserved To Us.