Riwayat Hidup
Nama : Abu Abdullah Muhammad bin Idris.
Gelaran : "As-Syafie" sempena nama datuknya, Syafie bin Saib.
Lahir : Tahun 150 Hijrah bersamaan dengan 767 Masihi di Ghazzah, Palestin.
Asal : Dari keturunan Rasulullah S.A.W. pada sebelah datuknya, Abdul Manaf.
Pengasas : Mazhab Syafie.
Meninggal dunia : Tahun 204 Hijrah bersamaan dengan 820 Masihi (54 tahun).
Tempat dikebumikan : Arafah, Mesir.
Peribadi
Imam As-Syafie seorang yang : berpandangan jauh.
berhati mulia.
bercita-cita tinggi.
gigih menuntut ilmu pengetahuan.
bersikap sederhana.
bijak berbicara.
menghormati dan memuliakan para guru.
cinta kepada ilmu pengetahuan.
mempunyai ilmu pengetahuan yang luas.
seorang hartawan yang sangat pemurah.
sentiasa menolong orang yang memerlukan bantuan.
mengutamakan pengetahuan dan disiplin.
Pendidikan
9 Tahun : Beliau menghafaz Al-Quran.
12 Tahun : Beliau telah dapat menghafaz kitab Al-Muattok, karangan Imam Malik.
20 Tahun : Berguru dengan Imam Malik.
Imam As-Syafie belajar dan mendalami bahasa dan kesusasteraan
Arab sehingga mahir dalam bidang penulisan.
Menghadiri kelas-kelas pengajian agama di Masjidil Haram.
Bermusafir ke Makkah, Madinah, Yaman, Iraq dan negara-negara lain untuk menuntut ilmu.
Antara ilmu-ilmu yang dipelajarinya termasuklah : ilmu Hadis
ilmu Fikah
Al-Quran.
Beliau membahagikan waktu malamnya kepada tiga bahagian:
i.1/3 malam untuk berehat.
ii.1/3 malam untuk menulis ilmu pengetahuan.
iii.1/3 malam untuk beribadat.
Imam As-Syafie berusaha dengan gigih dalam menuntut ilmu. Akhirnya,
beliau muncul sebagai Imam besar yang mempunyai ilmu pengetahuan
yang tinggi dan dapat memberi sumbangan yang tidak ternilai kepada
umat Islam.
Sumbangan
Imam as-Syafie adalah ulama mujtahidin yang berpegang
kuat pada Al-Quran, hadith, Ijmak Ulama, Qias dan Masolih Al-Mursalah.
Pendapat Imam as-Syafie diterima oleh sebahagian besar
orang-orang Islam kerana segala fatwanya sesuai dengan
suasana, masyarakat dan adat resam sesuatu kaum.
Antara kitab-kitab karangannya yang termashur termasuklah
bidang dalam usul fikah;
kitab yang membicarakan dengan jelas tentang cara
mengambil hukum daripada Al-Quran dan hadis.
Kitab-kitab tersebut ialah:
a.Abtal Al-Istihsan.
b.Ahkam Al-Quran.
c.Ar-Risalah.
d.Dalam bidang fikah; kitab yang membicarakan hukum-hukum fikah.
Kitabtersebut ialah;
i.Al-Mukhtasar Al-Kabir.
ii.Al-Mukhtasar as-Saghir.
iii.Al-Farid.
iv.Al-Umm.e.
Dalam bidang hadis; beliau telah menyusun sebuah kitab
menjelaskan tentang perselisihanhadis-hadis nabi.
Kitab-kitab tersebut ialah :
i.Al-Masnad.
ii.Al-Amali.
iii.Ikhtilaf Al-Hadis.
Selain itu, beliau juga telah menghasilkan berbagai-bagai
jenis kitab dalam bidang ilmu tafsir, akhlak, ilmu falak,
ilmu kedoktoran dan lain-lain yang memberi sumbangan
yang besar kepada ahli fikir Islam.
Mazhab as-Syafie berkembang dengan pesat di Afrika Utara,
Mesir, Indo China, Sri Lanka, Armenia, Kurdistan dan di
Kepulauan Melayu, Indonesia, Singapura dan Malaysia.



0 doktor mengomen:
Post a Comment